Kita semua hakikatnya sedang dalam perjalanan pulang. Persoalannya pulang ke mana?
Adakah pulang yang bertuju dan terancang atau tanpa arah sehingga bumi bergoncang?
Mencari Jalan Pulang ini adalah perihal perjalanan hamba yang ingin pulang bertaubat kepada Pencipta, cabaran-cabaran yang mungkin dihadapi dan pesan-pesan kekuatan dalam perjalanan mencari sesuatu yang paling berharga dari semua yang berharga; keampunan Allah Azza Wa Jalla.